|
|
SEKIRANYA anda menonton KITA Carefree, sebuah siri drama TV baru yang disiarkan di Astro Ria setiap Isnin, anda akan menyedari sebuah beg tote berwarna merah jambu fuschia, yang merupakan beg 'bertuah' buat keempat-empat watak wanita di mana pelakon wanita utamanya, Scha Alyahya.
Tidak mengejutkan pelakon dan hos jelita ini yang kini menjadi duta bagi jenama panty liner No. 1 di Malaysia, Carefree yang juga merupakan pereka beg yang ceria dan berfesyen ini.
Dipengaruhi oleh populariti KITA Carefree serta Scha Alyahya sendiri, beg tersebut pantas menjadi aksesori kegemaran dalam kalangan para gadis muda di negara ini.
"Beg merupakan salah satu aksesori fesyen yang paling saya gemari."
"Memandangkan saya sentiasa sibuk, saya mahukan beg yang mudah dibawa, boleh digunakan dalam sebarang majlis, sesuai dipadankan dengan pelbagai pakaian, serta nampak menonjol dan menarik perhatian dari jauh lagi," luah Scha ketika bercerita bagaimana dia telah dipelawa untuk mereka sebuah beg Carefree untuk digunakan dalam siri televisyen tersebut.
Oleh itu, dia memilih warna merah jambu fuschia untuk dipadankan dengan beg tote bersaiz sederhana, serta menambahkan unsur feminin dengan motif bunga daisy.
"Saya dapati beg tersebut ringkas, mudah dibawa, dan sesuai bagi kebanyakan gadis muda," tambahnya lagi.
Beg ini yang pada awalnya diperkenalkan melalui siri drama televisyen itu. Kini semua gadis Malaysia berpeluang mendapatkan Beg Tote Daisy Carefree, merupakan beg edisi terhad, hanya sebanyak 800 buah beg sahaja di seluruh negara.
Anda hanya perlu membeli produk Carefree bernilai RM45 ke atas termasuk pek kotak 'Carefree bersama Scha' sertai pertandingan SMS yang mudah dan berpeluang untuk memiliki beg daisy ini dengan percuma.
"Saya harap para peminat suka dengan beg rekaan saya. Beg ini sesuai dipadankan dengan gadis yang sentiasa inginkan kebebasan ekspresi diri. Seseorang yang seronok, ceria, optimis dan lincah seperti saya," kata Scha sambil tersenyum.
Promosi beg diadakan seiring dengan kempen 'Tak Siap Kalau Tak Pakai Carefree' yang menggalakkan gadis muda untuk menggunakan panty liner sebagai sebahagian daripada amalan harian - agar dapat kekal segar, serta berasa bebas dalam apa jua keadaan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: