Tuesday, May 4, 2010

Aksi melampau Imran Khan


IMRAN KHAN


PENGARAH filem Bollywood terkenal, Karan Johar kembali menonjolkan keseksian pelakon lelaki Bollywood.

Selepas menampilkan lakonan separuh bogel aktor John Abraham menerusi filem pecah panggung arahannya pada 2008, Dostana, Karan bakal melakukan perkara yang sama untuk filem terbaru arahannya, I Hate Luv Storys.

Jika sebelum ini agenda mempromosi Dostana, termasuklah yang membabitkan sesi fotografi John yang menampilkan dirinya dalam keadaan bogel, tetapi hanya bahagian belakang tubuh sahaja ditonjolkan, perkara yang sama juga akan dilakukan hero I Hate Luv Storys, Imran Khan.

Hakikat itu diakui sendiri oleh Imran. "Saya buka baju dan kemudian melondehkan seluar untuk sesi fotografi bagi promosi filem I Hate Luv Storys, namun yang ditunjukkan hanya bahagian belakang. Tapi saya rasa John Abraham (menerusi sesi fotografi Dostana) lebih hebat melakukannya."

Imran yang muncul tanpa baju dalam satu adegan filem itu dilaporkan telah bekerja keras bagi mendapatkan sosok tubuh yang hebat bagi menghidupkan karakter lakonannya itu. "Saya hanya makan ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan sahaja tetapi langsung tidak menjamah nasi," ujar Imran.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: