Wednesday, May 26, 2010

YOUTH'10 terima lebih 30,000 penyertaan

KUALA LUMPUR - Kehangatan Festival YOUTH'10 yang akan berlangsung pada 28 hingga 30 Mei ini semakin terasa apabila pihak penganjur tidak putus-putus menerima penyertaan yang dibuka melalui laman web rasmi festival itu.

Pengurus Projek YOUTH'10, Rino Eusoff berkata, setakat ini pihaknya menerima lebih 30,000 penyertaan daripada golongan belia di seluruh negara yang berminat untuk menyertai festival itu.

"Mereka yang mendaftar termasuk pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan akan diberi pas masuk percuma untuk ke festival ini," katanya ketika dihubungi semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: