Wednesday, May 26, 2010

Sektor pelancongan sumbang RM56 bilion


HONG PENG (kiri) bersama para penerima Anugerah Merit Pengusaha Industri Pelancongan Domestik Bagi Anugerah Pelancongan Malaysia 2008/2009 di Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sektor pelancongan negara bakal menyumbang pendapatan sekitar RM56 bilion hingga RM57 bilion pada tahun ini berbanding RM53.4 bilion pada tahun lalu.

Keyakinan itu, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Datuk Dr. Ong Hong Peng adalah berdasarkan perkembangan positif kehadiran pelancong pada suku tahun pertama iaitu Januari hingga Mac lalu yang mencecah sebanyak 5.75 juta pelancong.

Angka itu, menurut Hong Peng, adalah lebih tinggi berbanding catatan kehadiran pada tahun lalu dalam tempoh yang sama iaitu sebanyak 5.46 juta orang.

"Ia bertambah sebanyak 5.3 peratus dan daripada analisis awal, kita mendapati pendapatan perkapita seorang pelancong juga telah meningkat dan trend ini dijangka berterusan," katanya selepas Majlis Penganugerahan Merit Pengusaha Industri Pelancongan Domestik Bagi Anugerah Pelancongan Malaysia 2008/2009 di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: