Tuesday, May 18, 2010

Wanita muda jadi dalang


KIRI : TRIESMAN, MELLISA


LONDON - Seorang wanita, Melissa Jacobs yang berumur 37 tahun menjadi punca peletakan jawatan Lord David Triesman sebagai Pengerusi Persatuan Bola Sepak England kelmarin, lapor sebuah akhbar semalam.

Triesman turut meletakkan jawatan sebagai pengerusi jawatankuasa yang ditubuhkan untuk bertanding bagi menjadikan England tuan rumah Piala Dunia pada 2018.

Beliau meletakkan jawatan selepas wanita itu mendedahkan hubungan asmara mereka dan kenyataannya yang dibuat sebagai Pengerusi Persatuan Bola Sepak England.

Melissa yang merupakan graduan ekonomi dan biologi berkenalan dengan Triesman yang berumur 66 tahun dua minggu lalu di sebuah restoran di sini.

Namun, wanita itu merakamkan secara rahsia perbualan Pengerusi Persatuan Bola Sepak England itu yang menuduh Sepanyol dan Rusia merancang untuk memberi rasuah kepada pengadil pada Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia di Afrika Selatan pada bulan depan.

Triesman berkata: "Sepanyol sedang mendapatkan pertolongan dari Rusia untuk membantu memberi rasuah kepada pengadil pada Kejohanan Piala Dunia."

Tindakan wanita itu yang menikamnya dari belakang dan mendedahkan perbualan rahsia itu kepada akhbar Mail on Sunday menyebabkan Triesman meletakkan jawatan.

"Satu perbualan peribadi dengan seseorang (Melissa) yang saya anggap sebagai seorang rakan telah dirakamkan tanpa pengetahuan saya dan dihantar kepada sebuah akhbar," kata Triesman dalam satu kenyataan kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: