|
|
MADRID - Seorang pendaki wanita dari Sepanyol, Edurne Pasaban semalam menjadi wanita kedua yang berjaya mendaki 14 puncak gunung berketinggian lebih 8,000 meter.
Kejayaan itu dicapai beberapa minggu selepas pendaki wanita dari Korea, Oh Eun-Sun berjaya mencatat rekod dunia.
Berusia 36 tahun, Pasaban tiba di puncak Gunung Shisha Pangma setinggi 8,027 meter yang terletak di Tibet pada pukul 11.30 pagi waktu tempatan.
Pendakian itu dilakukan sebulan selepas dia berjaya mendaki puncak Himalaya yang lain iaitu Annapurna.
Paraban sebenarnya berharap untuk menjadi wanita pertama yang berjaya mendaki semua gunung tertinggi di dunia itu. Namun begitu, pada 27 April lalu, Eun-Sun melakarkan namanya dalam rekod dunia selepas dia berjaya mendaki puncak Annapurna setinggi 8,091 meter.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: