SUDAH setahun insiden aktor Shinet Ahuja dituduh merogol pembantu rumahnya berlaku. Namun kisah hitam tersebut terus menghantui kehidupannya kini.
Menjadi hero dalam filem terbarunya, Shunya, itu bukan tiket untuk Shinet selesa. Buktinya, heroin filem ini, Vaishali Desai menolak untuk berlakon dengannya kerana dia seorang bekas perogol.
Vaishali pada mulanya bersetuju untuk berlakon dalam filem tersebut kerana peranan hero akan dilakonkan oleh Adhyayan Suman. Bagaimanapun tempat itu diisi oleh Shinet dan dia menarik diri untuk berlakon.
"Vaishali datang daripada keluarga yang konservatif. Jadi dia tidak mahu terlibat dalam filem itu kerana tidak selesa untuk berlakon dengan Shinet. Dia berfikir akan mendapat kesan negatif jika berlakon dengan aktor tersebut," jelas satu sumber.
Sementara itu, Vaishali sendiri memberi pengesahan dia telah menarik diri daripada filem tersebut. Katanya: "Ya, saya telah menarik diri daripada Shunya atas sebab-sebab peribadi yang tidak dapat saya umumkan."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: