AKTOR yang terkenal dengan sikap gila bekerja, Akshay Kumar ternyata tahu bagaimana membayar semula penat lelahnya. Jika kebanyakan orang lain suka mengadakan parti sebagai lambang bergembira, Akshay pula mempunyai cara tersendiri.
Dia yang baru habis menjalani penggambaran filem Thank You telah menyewa sebuah jet peribadi untuk pergi bercuti ke Barbados. Malah dia juga akan berkumpul dengan teman-teman baiknya yang datang dari Kanada.
Sebagai seorang penggemar sukan kriket, Akshay yang juga dikenali sebagai Akki turut bercadang untuk menyaksikan pertandingan T20 World Cup di Barbados walaupun India sudah terkeluar daripada pertandingan tersebut.
Menurut satu sumber: "Akshay menyewa sebuah jet peribadi untuk menerbangkan mereka ke Barbados. Dia akan menghabiskan masa bersama teman-temannya di sana selama empat hari dan menginap di sebuah hotel mewah. Salah seorang teman baiknya, Ajay Virmani datang bersama anaknya dari Toronto untuk bercuti dengan Akshay."
Sementara itu, Akshay berkata dia telah bekerja keras sejak tahun lalu. "Ini adalah masa terbaik untuk saya berehat. Jadi saya memilih Barbados dan tak mahu lepaskan peluang menonton T20 dengan teman-teman baik saya."
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: