Tuesday, May 25, 2010

Sushmita mahu anak sendiri




SELEPAS mengambil dua anak angkat, Renee dan Alisah, bekas Ratu Cantik Dunia, Sushmita Sen kini bersedia untuk mempunyai anak yang dilahirkan sendiri.

"Saya kira sudah tiba masanya untuk saya melahirkan anak sendiri. Usia saya bukan lagi muda, sudah 34 tahun," kata aktres itu kepada media Bollywood baru-baru ini sewaktu sedang sibuk menyediakan bengkel untuk Pertandingan Ratu Cantik Dunia 2010.

Bagaimanapun, dengan tegas aktres dan jelitawan ini menyatakan dia hanya bercakap tentang kehendaknya mahu mempunyai anak. Bukan tentang berkahwin.

"Saya hanya berkata tentang masa yang berjalan. Saya tak kata saya langsung tentang rancangan perkahwinan," tegasnya selepas disoal media.

Dia juga menambah, setiap wanita memang mahukan lelaki yang sesuai dalam hidup mereka. "Dan saya juga mahu begitu pada satu ketika dahulu. Bukan sekarang," katanya penuh makna.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: