LONDON: Niat Will.I.Am menyunting Cheryl Cole yang dianggap ‘wanita tercantik di dunia’ tidak menghalang bintang Black Eyes Peas terus berfoya-foya dengan wanita lain.
KEJUTAN...Will.I.Am muncul tiba-tiba mengiringi Cheryl menyanyikan lagu 3 Words di Arena O2, London, malam kelmarin.
TANDA TANYA...pengawal Will.I.Am mengiringi wanita misteri masuk ke hotel tempat penyanyi itu menginap, awal pagi semalam.
Sumber berkata, selepas konsert, Will.I.Am berhibur bersama beberapa wanita sehingga awal pagi di Mayfair sebelum pulang untuk ditemani seorang wanita misteri.
Jelas enggan wajahnya dirakam kamera, wanita berambut perang itu menutup kepalanya dengan kot putih ketika mengekori Will.I.Am ke bilik di Hotel St Martin’s Lane.
Hanya beberapa jam sebelum ini, Will.I.Am berduet di atas pentas bersama Cheryl menyampaikan lagu popularnya, 3 Words.
Penyanyi rap itu membuat penampilan mengejut ketika Cheryl beraksi 30 minit sebagai ‘pemanas’ kepada persembahan Black Eyed Peas.
Dalam konsert malam pertama Khamis lalu, Cheryl menyampaikan lagu 3 Words secara solo.
Sejak dia membantu Cheryl merakam album solo di Los Angeles, Amerika Syarikat, tahun lalu, Will.I.Am sering meluahkan niatnya untuk menjalin hubungan rapat dengan Cheryl.
Malah, dalam temubual dengan sebuah majalah baru-baru ini, Will.I.Am turut menempelak suami Cheryl, Ashley Cole, kerana tergamak melukakan hati penyanyi Girls Aloud itu.
Sejak Cheryl menyertai rombongan Black Eyed Peas dalam siri konsert jelajah Eropah - bermula di Dublin, minggu lalu - dia sering menjadi gurauan di kalangan kenalan dengan mengaitkannya sebagai ‘pasangan’ Will.I.Am.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: