Sunday, May 9, 2010

Enam tempah tiket

ENAM tiket untuk ke Grand Final masing-masing empat bagi kategori Terbuka Lelaki dan dua bagi Lelaki Bawah 17 Tahun Karnival Futsal i-Metro 2010 sah menjadi milik KPF, Gizmo, Gelombang FC B, Gelombang FC C, Malinja Jr dan Osaka FC.

GELECEK...aksi pemain Lelaki Bawah 17 tahun pada Karnival Futsal  i-Metro  Zon Selatan di Sports Prima Futsal Centre, Johor, semalam.
GELECEK...aksi pemain Lelaki Bawah 17 tahun pada Karnival Futsal i-Metro Zon Selatan di Sports Prima Futsal Centre, Johor, semalam.

Zon Selatan yang diadakan di Sports Prima Futsal Centre adalah pentas terakhir untuk mencari 24 lagi pasukan bagi ketiga-tiga kategori yang dipertandingkan iaitu Terbuka Lelaki, Terbuka Wanita dan Lelaki Bawah 17 tahun yang akan menyertai senarai 96 pasukan di Grand Final bulan depan.


Saingan Zon Selatan disertai 364 pasukan dari seluruh negara yang terdiri daripada 244 pasukan Terbuka Lelaki, 27 Terbuka Wanita dan 93 Lelaki Bawah 17 Tahun.


Penganjur menerima lebih 400 permohonan daripada pelbagai pasukan untuk turut serta di dalam zon terakhir itu tetapi terpaksa ditolak kerana tidak mematuhi syarat pertandingan termasuk gagal menyerahkan borang pendaftaran pada tarikh tutup yang ditetapkan.


Sebelum ini, Karnival Futsal i-Metro 2010 yang dianjurkan akhbar nombor satu Malaysia, Harian Metro, sudah menjelajah ke tiga lokasi iaitu Zon Tengah, Zon Utara dan Zon Timur manakala Zon Selatan dijadikan venue kelayakan terakhir untuk ke Grand Final.

Sementara itu, pasukan kategori Terbuka Wanita dan sebahagian lagi Remaja Bawah 17 Tahun akan memulakan cabaran masing-masing pagi ini.


Sehubungan itu, pemain kedua-dua kategori itu diminta membawa kad pengenalan asal ketika mengesahkan penyertaan masing-masing jam 7 pagi ini kerana kegagalan berbuat demikian akan mengakibatkan pemain atau pasukan terbabit disingkirkan.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: