Monday, May 24, 2010

Sarah salah guna kuasa

LONDON: Duchess of York, Sarah Ferguson, 50, dirakam menyalah guna kuasa dengan menetapkan bayaran £500,000 (RM2.4 juta) bagi memperkenalkan seorang ahli perniagaan dengan duta dagangan Britain yang juga bekas suaminya, Putera Andrew.

SARAH berjabat tangan dengan wartawan yang menyamar sebagai ahli  perniagaan selepas persetujuan dicapai.
SARAH berjabat tangan dengan wartawan yang menyamar sebagai ahli perniagaan selepas persetujuan dicapai.
ANDREW didakwa tetapkan nilai bayaran.
ANDREW didakwa tetapkan nilai bayaran.
Media Britain melaporkan Sarah berjanji memperkenal ahli perniagaan yang sebenarnya seorang wartawan kepada Andrew yang menjadi duta khas dagangan antarabangsa dan pelaburan Britain sejak 2001.


Video turut menunjukkan Sarah teruja ketika menerima bayaran pendahuluan AS$40,000 (RM132,700).


Sarah berkata: “Saya mampu perkenalkan anda dengan siapa sahaja.” Beliau turut meminta baki wang dimasukkan ke akaun banknya.


“Selepas bayaran dimasukkan, saya akan bantu anda. Andrew menetapkan bayaran itu kerana saya kini tidak punya wang.


“Andrew pasti menjaga anda. Jika ingin berjaya, anda perlu menjaga saya dan Andrew pasti jaga kebajikan anda. Anda akan peroleh pulangan 10 kali ganda,” kata Sarah.


Sarah didakwa bertemu ahli perniagaan itu dua kali, yang pertama di sebuah hotel di New York dan kemudian di kelab eksklusif Mosimann di Belgravia, London.


Selepas bertemu di kelab eksklusif itu, Sarah kemudian membawa ahli perniagaan itu ke apartmen mewahnya di Mayfair untuk menyelesaikan perjanjiannya itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: