SYARIKAT Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) dijangka mampu memperoleh semula kos pembinaan terowong Smart sebanyak RM600 juta dalam tempoh antara 13 hingga 17 tahun menerusi kutipan tol yang dijalankan.
PANTAU ...Mohd Fuad (tengah) meninjau keadaan trafik terowong Smart di bilik kawalan.
Katanya, syarikat juga menjangka mula mencatat titik pulang modal dalam tempoh dua tahun lagi.
“Kos keseluruhan pembinaan terowong Smart RM1.9 bilion. Daripada jumlah itu, syarikat menanggung RM600 juta bagi membina laluan kenderaan manakala bagi projek laluan air RM1.3 bilion ditanggung kerajaan,” katanya.
Beliau berkata, Smart dijangka mampu memperoleh pertumbuhan lima peratus tahun ini daripada kira-kira RM20 juta yang direkodkan tahun lalu.
“Ketika ini Smart masih mencatat kerugian kira-kira RM10 juta setahun. Sebahagian besar kerugian disebabkan kos penyelenggaraan terutama peralatan elektronik yang mencecah RM500,000 sebulan. Selain itu, kami turut menanggung kerugian setiap kali terowong ditutup.
“Bagaimanapun, bermula 2012, kami yakin mampu mencatat titik pulang modal dan berada pada landasan mendapat pulangan modal pada tarikh disasarkan,” katanya.
Ditanya mengenai keberkesanan terowong Smart, beliau berkata, kewujudannya berjaya menyelamatkan ibu kota daripada dilanda tujuh banjir besar.
“Setiap kali banjir besar berlaku di Kuala Lumpur, jumlah kerugian berikutan kemusnahan hampir mencecah RM100 juta. Ini bermakna, sejak 2007, hampir RM1 bilion berjaya diselamatkan,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: