Friday, May 28, 2010

Rumah ikan pari Taylor


TAYLOR SWIFT


PENYANYI remaja, Taylor Swift mahu ikan pari berenang di dalam rumahnya. Dia yang sedang mengubah suai rumahnya telah menambahkan dekorasi kegemarannya termasuk sangkar burung bersaiz manusia dan kolam kecil di ruang tamunya.

Kata bintang berusia 20 tahun itu: "Ada kolam kecil di ruang tamu saya dan saya mahu mendapatkan ikan pari. Saya tidak mahu orang memikirkan saya gila tetapi tidakkah anda rasa itu satu idea yang menarik?"

Taylor dan kawannya telah memberikan nama samaran baru yang sesuai dengan keunikannya. Tambahnya kepada majalah People: "Kawan saya sudah memberikan nama The Imaginarium kerana semua benda pelik di dalam rumah ini."

Imaginarium juga boleh digunakan untuk menggambarkan satu tempat atau minda manusia yang menggunakan imaginasi mereka. Walaupun dia suka menghias rumahnya, Taylor tidak kisah mengenai keretanya.

"Saya masih memandu kereta yang sama sejak berusia 16 tahun," kata Taylor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: