Thursday, May 6, 2010

Ronald, Charlene masih berkawan


CHARLENE CHOI


BERITA penceraian mereka baru-baru ini telah mengejutkan ramai kerana tidak ada sesiapa yang mengetahui bahawa Ronald Cheng dan Charlene Choi sebenarnya sudah berkahwin. Walaupun masih berkawan, mereka dikatakan tidak mahu bergandingan dalam drama yang sama.

Baru-baru ini, seorang pengarah dari China bercadang untuk membikin siri TV dengan menawarkan watak utama kepada mereka berdua. Namun, mereka yang tidak mahu muncul di kaca TV bersama telah menakutkan pihak produksi dengan permintaan RMB 8 juta.

Charlene yang ditemui pada satu pertunjukan fesyen menyatakan dia tidak pernah mendengar mengenai tawaran untuk berlakon bersama Ronald. Jadi dia merasakan laporan itu tidak berasas.

"Tidak mungkin. Jika saya ada menerima tawaran, saya akan melihat skripnya terlebih dahulu. Tapi selepas ini saya berlakon di Beijing bersama Nicolas Tse serta Barbie Hsu. Jadual kerja padat sehingga November nanti," kata Charlene.

Apabila ditanya sama ada jika skripnya bersesuaian dan bayarannya tinggi, adakah dia akan bekerja dengan bekas suaminya?

"Saya akan cuba jika mempunyai masa lapang. Saya tidak pernah menentang. Berapa banyak bayaran untuk saya bersetuju? Itu semua atas keputusan syarikat. Sejujurnya, saya hanya berminat untuk terlibat dalam filem," jawabnya.

Kembali solo, Charlene tidak mahu memikirkan perihal cinta buat masa ini. Jika Ronald inginkan dia semula, aktres itu membiarkan jodoh menentukannya. "Buat masa ini, kami masih berkawan. Apa yang akan berlaku pada masa depan, semuanya bergantung kepada jodoh."

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: