|
|
BINTANG R&B, Rihanna adalah jenis perempuan yang sangat cermat. Dia juga tidak suka hasil kerjanya carca marba dan tidak kemas. Ia berlaku sama ada dalam kerjaya atau kehidupan peribadinya.
Terbaru, anak kelahiran Saint Michael, Barbados ini sudah mempunyai label fesyen sendiri. Untuk itu, dia mahu segala urusan untuk tujuan itu membabitkan dirinya.
''Saya mahu melibatkan sepenuhnya dalam urusan penjenamaan pakaian tersebut. Saya tidak mahu orang lain sewenang-wenang menggunakan nama Rihanna sedangkan saya tidak tahu apa-apa. Itu adalah satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,'' katanya.
Sebelum ini, penyanyi Unfaithful itu pernah ditawarkan menjadi ikon produk kecantikan dan fesyen. Ada beberapa bahagian tertentu yang tidak memuaskan hatinya apabila dia tidak terlibat secara langsung semasa di peringkat dasar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: