Sunday, May 2, 2010

Air mata Miley menitik


Miley


BINTANG pop, Miley Cyrus tidak dapat menahan air matanya setelah mengumumkan keputusan secara rasmi mahu meninggalkan dunia Hannah Montana yang cukup sinonim dengan dirinya selama ini.

''Saya sangat sedih apabila perlu melupakan Hannah Montana. Walaupun orang di luar melihat saya bergembira dan mahukan perubahan tetapi ia adalah satu kenangan manis buat diri saya,'' katanya.

Miley mengetahui dia perlu melakukan satu perubahan sekiranya mahu terus maju ke hadapan. Namun, itu tidak bermakna dia tidak menghargai apa sahaja yang telah dicapai selama ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: