|
|
Semua orang mahu memiliki rambut yang sihat, cantik dan beralun. Namun semua itu tidak datang sendiri lebih-lebih lagi dengan hadirnya faktor-faktor luaran seperti pencemaran udara, panahan matahari, habuk dan debu yang boleh merosakkan rambut.
Rambut yang sihat dan cantik hanya akan hadir melalui penjagaan dan perawatan sempurna. Ini tidak bermakna perlu sentiasa berulang-alik ke salon rambut sebaliknya boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan produk penjagaan yang sesuai.
Justeru jenama produk penjagaan rambut antarabangsa, Sunsilk baru-baru ini menampilkan Sunsilk Co-Creations yang dicipta oleh tujuh pakar rambut terunggul dunia dengan formula istimewa untuk kesemua jenis rambut.
Pengarah Penjagaan Rumah dan Dandanan Diri, Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd, Ainul Yaqin, gabungan kesepakatan tujuh pakar rambut tersebut merupakan yang pertama kali dalam industri penjagaan rambut.
"Kerjasama ini adalah untuk bersama-sama mencipta formula khas bagi semua jenis rambut, setiap satu dengan rumusan unik untuk jenis rambut tertentu.
"Tujuh pakar rambut ini dipilih kerana pengkhususan, kefahaman unik dan ketelitian mereka dengan teknik yang sebaik mungkin," katanya.
Ketujuh-tujuh mereka ialah Yuko Yamashita, pakar kecantikan rambut dan pensyarah terkenal yang berpangkalan di Tokyo; Thomas Taw, pakar rambut rosak dan pereka fesyen rambut dari London dengan senarai pelanggan termasuk ramai pelakon terkenal dunia dan; Dr. Francesca Fusco, pakar dermatologi dan penjagaan kulit kepala yang berpangkalan di New York
Selain itu turut terbabit Teddy Charles, pereka fesyen rambut yang berpengaruh dari Paris, dan Jamal Hammadi yang berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat dan terkenal kerana sentuhan karismanya untuk busana anggun antarabangsa.
Menurut Ainul, dengan gabungan pengalaman dalam profesion masing-masing, senarai pelanggan yang terdiri daripada selebriti tersohor dan kepakaran mengendalikan salon elit, tujuh pakar rambut ini telah bekerjasama dengan pasukan teknikal Sunsilk untuk mencipta formula penjagaan rambut inovatif.
Formula ini mampu memenuhi keperluan jenis rambut tertentu, bagi memberikan pengalaman penjagaan pakar di rumah.
"Buat pertama kalinya kami membawakan kepada berjuta-juta pengguna apa yang selama ini hanya terdapat di salon elit.
"Kami berkongsi matlamat yang sama dengan barisan pakar ini untuk membawakan produk bertaraf dunia kepada setiap wanita di seluruh dunia, supaya mereka boleh memiliki 'kepakaran dalam botol' mereka sendiri untuk mencipta rambut yang cantik menawan di rumah," kata Ainul.
Sementara itu Thomas Taw, yang mencipta Sunsilk Damaged Hair Reconstruction, mengakui menumpukan segenap tenaga dan emosi nya kepada rambut agar tampak sihat berseri
" Bagi saya, Sunsilk Co-Creations adalah sebahagian daripada komitmen dan kesungguhan saya untuk kesihatan rambut menawan.
"Petua dan teknik untuk memiliki rambut yang sempurna patut diketahui oleh semua, bukan segelintir mereka yang bernasib baik saja," katanya yang berkesempatan menunjukkan kehebatan mendandan rambut pada majlis pelancaran Sunsilk Co-Creations baru-baru ini.
Kemuncak pelancaran produk 'ciptaan bersama' yang pertama di dunia, peragaan fesyen oleh pakar busana anggun tempatan.
Pertunjukan yang berinspirasikan satu-satunya Sunsilk Co-Creations memaparkan ciptaan avant-garde oleh pereka fesyen yang berbakat besar, Allien Gan, bersama mentornya, Presiden Persatuan Pereka Rasmi Malaysia (MODA), Gillian Hung.
Turut dipaparkan fesyen rambut yang menarik, ciptaan pereka fesyen rambut tempatan yang terkenal, Bambang Soteto dan pakar Thomas Taw, salah seorang daripada tujuh pakar rambut yang mencipta bersama produk Sunsilk.
Peragawati menggayakan tujuh fesyen pakaian eksotik yang menerapkan elemen kitar semula mesra alam.
Gaya rambut bergelombang besar dan seni keanggunan melengkapkan sentuhan avant-garde pertunjukan fesyen.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: