|
|
NENEK moyang kita dahulu tidak pernah menggunakan produk penjagaan kulit atau kosmetik bagi mencantikkan kulit muka. Sungguhpun demikian mereka jarang sekali menghadapi masalah kulit seperti jerawat batu, jerawat seperti ruam, kulit kusam gelap, kulit kering, menggelupas dan sebagainya.
Namun pada hari ini, terdapat pelbagai masalah kulit yang dialami baik oleh wanita mahupun lelaki. Di antara penyebab kepada masalah ini ialah tekanan, pencemaran alam sekitar, asap kenderaan, pemakanan, terdedah pada panas matahari dan banyak lagi.
Apa pun, apabila banyak masalah yang terjadi, banyak pula produk yang dicipta bagi mengatasi masalah tersebut.
Apa kata jika kita kembali mencuba petua lama yang digunakan oleh nenek moyang kita dahulu..
Umpamanya air beras boleh digunakan bagi mencuci muka dan berkesan bagi membuang kotoran, minyak dan mencerahkan kulit muka.
Semasa membasuh beras untuk dimasak, tadah airnya dan gunakan untuk mencuci muka.
Lebih baik lagi jika baki air beras yang berwarna putih itu dilumur perlahan pada muka kerana mempunyai banyak khasiat.
Bagi kemudahan semua yang telah mulai mempercayai khasiat beras dalam penjagaan kulit sama ada kulit wajah atau badan, kini boleh diperoleh sabun susu beras yang dibuat seratus peratus menggunakan beras wangi.
Sabun susu beras Citra ini berkesan menanggalkan kotoran, minyak, sel kulit mati, parut jerawat serta jeragat, menjadikan kulit lebih cerah, halus dan tegang tanpa pengelupasan.
Ia juga mampu menanggalkan kesan mekap, kesan hitam di bawah lengan, celah paha dan siku.
Menurut Pengurus Pemasaran Citra Lestari yang mengedarkan sabun susu beras Citra ini, Rasyidi Romli, selain untuk tujuan kecantikan, sabun ini berkesan bagi mereka yang menghadapi masalah kulit dan resdung.
"Gunakan semasa mandi dan gosok pada muka dan seluruh badan. Daripada testimoni yang kami peroleh, mereka yang menghadapi masalah resdung mendapati penyakit mereka berkurangan kerana terdapat pengeluaran lendir daripada hidung selepas menggunakan sabun Citra ini.
"Selain itu, mereka yang menggunakannya akan berasa segar sepanjang hari dan badan tidak melekit walaupun berpeluh sekali gus mengatasi masalah bau badan yang sering dialami oleh mereka yang bekerja di luar pejabat.
"Sabun ini juga berkesan untuk digunakan pada kanak-kanak atau mereka yang menghidap demam campak.
"Mandi sambil menggosok badan dengan sabun ini dapat menghilangkan gatal dan parut hitam akibat campak ,'' ujar Rasyidi yang ditemui di Wisma Rampai, Setapak baru-baru ini.
Tambahnya, selain sabun, atas permintaan pelanggan, Citra Lestari Marketing turut mengeluarkan krim susu beras yang boleh digunakan sama ada pada waktu siang, malam atau sebagai alas bedak.
"Krim susu beras ini menjadikan kulit lebih cerah, halus dan tegang, menghilangkan parut jerawat, jeragat dan sel kulit mati dan sesuai bagi yang menghadapi masalah kulit,'' katanya.
Rasyidi berkata, bagi pelanggan yang ingin mendapatkan sabun dan krim susu beras Citra boleh menghubunginya di 013-4004566. Beliau turut mengalu-alukan mereka yang ingin menjadi pengedar.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: