|
|
PATTAYA - Seorang pondan Thailand, Phongsathorn Joomsin, 23, ditangkap apabila dia cuba menyeluk saku seorang pegawai polis yang sedang bertugas, lapor akhbar Pattaya Daily News semalam.
Kejadian itu berlaku di hadapan sebuah kompleks beli-belah di sini lewat petang kelmarin semasa Sarjan Mejar Adirek Chamnanjan yang masih bertugas sedang berbual-bual dengan seorang rakannya.
Pondan itu mendakwa dia terpaksa menyeluk saku anggota polis tersebut kerana tidak mempunyai wang bagi menjelaskan bayaran denda untuk mendapatkan semula sebuah motosikal miliknya yang disita oleh polis.
Phongsathorn cuba menyeluk wang sebanyak 1,400 baht (RM139) daripada poket pegawai polis itu.
Pondan itu kemudian menjadi tahanan polis sehingga kesnya itu dibicarakan di mahkamah.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: