PENDUDUK, Siti M Sarip, menunjukkan tempat bayi ditanam di tebing Sungai Malim, Taman Melaka Baru, Batu Berendam, semalam.
MELAKA: Polis menahan dua pelajar berusia belasan tahun, selepas disyaki terbabit menanam hidup-hidup seorang bayi yang baru dilahirkan di Taman Melaka Baru, Batu Berendam, dekat sini, pertengahan minggu lalu.
“Polis menemui mayat bayi ditanam itu berhampiran sebatang sungai, dipercayai dilahirkan pelajar perempuan itu pada kira-kira jam 4 pagi.
“Mayat bayi itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan hasilnya mendapati, bayi yang cukup sifat itu masih hidup ketika dilahirkan selain terdapat beberapa kesan lebam di bahagian kepala," katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Mohd Adnan berkata, kejadian pelajar perempuan itu melahirkan anak hanya disedari ibunya selepas menemui pelajar itu dalam keadaan berlumuran darah, sejurus pulang dari tempat kerja pada hari berkenaan.
Katanya, tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan anaknya, ibu pelajar itu membawa anaknya ke sebuah klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut.
"Doktor yang merawat beliau memaklumkan kepada wanita terbabit, anaknya itu baru bersalin. Ini menyebabkan beliau terkejut dan kemudian bertindak membuat aduan polis pada hari sama. Susulan itu, seorang lelaki dipercayai pasangan anaknya ditahan untuk siasatan lanjut," katanya.
Mohd Adnan berkata, kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: