Tuesday, May 4, 2010

PIBG Sekolah Vokasional Setapak taja Utusan Malaysia


Nik Azizi Nik Amira dan Sobri Ahmad (barisan dua, enam dari kiri) bersama pelajar menunjukkan sisipan ADaP pada majlis Penyerahan Penajaan akhbar Utusan Malaysia di Sekolah Menengah Teknik ERT Setapak, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 3 Mei - Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Vokasional (ERT) Setapak menaja sebanyak 1,000 naskhah akhbar Utusan Malaysia bagi membantu pelajar sekolah tersebut menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Penajaan sehingga akhir tahun itu dibuat pada setiap Khamis yang mengandungi sisipan ADaP.

Penyerahan tajaan itu disampaikan Naib Yang Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut, Sobri Ahmad kepada Eksekutif Kanan Pemasaran Zon Tengah 1 Utusan Melayu (M) Bhd., Nik Azizi Amirah Nik Ab. Rahman pada majlis yang berlangsung di sekolah tersebut di sini hari ini.

Sobri berkata, pihaknya memilih akhbar Utusan Malaysia kerana yakin dengan keberkesanan kandungan sisipan ADaP selain menghargai usaha Utusan Malaysia yang gigih memartabatkan Bahasa Melayu.

"Ia juga bertujuan untuk membantu guru dalam meningkatkan kecemerlangan pelajar yang akan menduduki SPM di samping memberi pendedahan kepada pelajar mengenai kaedah menjawab soalan.

"Saya harap pelajar yang akan menduduki SPM nanti bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan membuat yang terbaik dalam peperiksaan," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia.

Sementara itu, Nik Azizi berkata, penajaan ini juga merupakan sumbangan pihak Utusan Malaysia kepada pelajar bagi mempertingkatkan ilmu pengetahuan mereka.

"Ia dapat dijadikan sumber tambahan pelajar selain daripada alat bantu mengajar sedia ada di sekolah," katanya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: