Wednesday, May 26, 2010

Perancang rompakan van keselamatan diberkas


KERATAN Kosmo! 24 Mei 2010.


GEORGE TOWN - Dua perancang utama kes rompakan wang tunai RM160,000 daripada sebuah van keselamatan di Paya Terubong di sini Rabu lalu akhirnya dicekup polis.

Kedua-dua suspek lelaki itu diberkas di Sungai Petani, Kedah kira-kira pukul 4 petang semalam oleh sepasukan anggota Cawangan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd. Nasir Salleh berkata, kehadiran mereka di pekan daerah itu dikesan orang awam yang bertindak menghubungi polis.

"Sebahagian wang tunai yang dipercayai hasil daripada rompakan tempoh hari turut ditemui," katanya di sini semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: