KUALA LUMPUR - Kira-kira 135,000 kakitangan Angkatan Tentera Malaysia dan awam yang berkhidmat di bawah Kementerian Pertahanan bakal mendiami kompleks perumahan menjelang tahun 2020.
Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Dr. Abd. Latiff Ahmad berkata, sasaran tersebut dibuat selaras dengan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak yang mahu setiap anggota tinggal di kuarters.
"Ketika ini masih ramai yang tinggal menyewa di luar, di setinggan dan perkampungan luar, kita berhasrat dengan pembinaan perumahan angkatan tentera ini, semua akan tinggal di kuarters tentera.
"Rumah yang lebih selesa, luas dan lebih 111 meter persegi pasti dapat memberikan kehidupan yang lebih baik dan meningkatkan taraf hidup dan status ekonomi anggota tentera dan awam yang berkhidmat.," katanya ketika ditemui semalam.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: