Thursday, May 20, 2010

Penjawat awam cedera dihempap pagar klinik


PINTU pagar yang dikatakan jatuh dan menghempap seorang penjawat awam wanita di bandar Pekan, kelmarin.


KUANTAN - Seorang penjawat awam cedera teruk di bahagian pinggang selepas dihempap pagar dipercayai seberat hampir satu tan di sebuah klinik di bandar Pekan kelmarin.

Suami mangsa, Abu Talib Budin, 54, berkata, isterinya yang berusia 41 tahun dihempap ketika sedang cuba menutup pintu pagar klinik tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari.

Katanya, sebelum kejadian sudah beberapa aduan dibuat berkenaan bangunan klinik tersebut yang usang dan perlu diperbaiki demi keselamatan orang ramai yang mendapatkan rawatan di situ.

"Seingat saya sudah lebih lima kali aduan dibuat, namun sampai sekarang tiada apa-apa tindakan daripada pihak berkaitan.

"Klinik ini pula khas untuk ibu mengandung dan kanak-kanak, cuba bayangkan kalau kejadian seperti ini kena pada mereka pula," katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini semalam.

Kata Talib, bukan sahaja pintu pagar bangunan klinik itu yang rosak wujud beberapa kerosakan lain seperti bumbungnya yang terbuka dan bocor.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: