Wednesday, May 12, 2010

Pengguna kerugian RM210 juta


KES gores dan menang serta cabutan bertuah menyumbang kepada bilangan aduan tertinggi yang diterima oleh NCCC tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Kesedaran orang ramai dalam menuntut hak mereka sebagai pengguna mendorong jumlah aduan bagi kes pembelian barangan dan perkhidmatan meningkat sebanyak 16.7 peratus tahun lalu kepada 32,369 kes dengan nilai kerugian berjumlah RM210 juta.

Untuk perbandingan, jumlah aduan kes yang sama yang diterima oleh Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) bagi tahun 2008 hanya 28,080 dengan nilai kerugian RM170 juta.

Pengerusi Lembaga Pengarah NCCC, Datuk N. Marimuthu berkata, pihaknya telah dapat menyelesaikan 85 peratus aduan walaupun tidak kesemuanya memberikan kepuasan dan kemenangan kepada pengadu.

"Kes paling banyak ialah membabitkan aktiviti jualan langsung seperti gores dan menang, cabutan bertuah serta tawaran pelaburan dengan membabitkan 2,713 aduan," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: