Wednesday, May 12, 2010

Tengku Anis dakwa dikasari polis


Tengku Anis menunjukkan kesan lebam pada tangannya.


KOTA BHARU - Istana Mahkota di sini kesal dengan penafian polis Kelantan bahawa tidak berlaku kekasaran terhadap anggota kerabat diraja yang mahu menziarahi Sultan Kelantan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian pada Selasa lalu.

Menurut sumber istana berkenaan, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid sendiri telah dikasari anggota polis ketika hendak memasuki wad.

"Saya kesal polis menafikan berlaku kekasaran terhadap kerabat diraja memandangkan mangsanya ialah Tengku Anis sendiri," kata sumber itu di sini semalam.

Sumber tersebut turut mengirimkan beberapa keping gambar kecederaan yang dialami oleh Tengku Anis kepada Kosmo! bagi membuktikan dakwaan tersebut adalah benar.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: