Saturday, May 1, 2010

Pengguna e-Filing melebihi 1.4 juta orang


KAKITANGAN LHDN, Wan Zuraini Ismail (kiri) membantu Nor Azahari Shamsuddin mengisi borang cukai pendapatan menggunakan e-filing di pejabat LHDN Jalan Duta, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Jumlah pengguna e-Filing Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi urusan pembayaran cukai tahun ini menunjukkan peningkatan 21.8 peratus berbanding tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDN, Datuk Hasmah Abdullah berkata, sehingga pukul 1 petang semalam, penghantaran borang melalui e-Filing adalah sebanyak 1,422,197 berbanding 1,166,802 pada tahun lalu.

“Hasil analisis yang kami lakukan, kesan penggunaan e-Filing telah dapat mengurangkan jumlah pembayar cukai yang datang berurusan ke kaunter-kaunter LHDN walaupun pada waktu puncak.

“Ia juga bukti semakin ramai pembayar cukai sudah berurusan baik dari rumah atau pejabat,’’ katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hasmah menjangkakan jumlah pembayar cukai yang menggunakan e-Filing akan mencecah 1.5 juta sehingga 12 tengah malam.

Katanya, bagi memastikan urusan berjalan dengan lebih lancar, LHDN juga telah menaik taraf laman web mereka supaya urusan tetap dapat dilakukan pada waktu sesak.

Hasmah juga berkata, kecenderungan orang ramai membayar cukai pada empat hari terakhir mendorong trafik urus niaga dalam talian naik mendadak.

“Contohnya pada 26 April, pengguna e-Filing berjumlah 89,357 tetapi meningkat kepada 138,222 pada 29 April,’’ katanya.

Katanya, jika keadaan itu berterusan, ia akan menjejaskan pembayaran balik cukai yang patut dikembalikan dalam masa yang ditetapkan iaitu dalam tempoh 30 hari.

1 comment:

  1. Kini Blog merupaakn salah satu medium perantaraan yang popular.

    semoga blog ini dapat menjadi lebih menarik dan interaktif kelak

    http://ituhakanda.blogspot.com/2010/06/muka-depan.html(hak anda,hari pengguna,pengguna malaysia, pengguna remaja, pengguna)

    quzamian-nuur.blogspot.com(rekaan,upah mereka, laman web, rekaan web)

    ReplyDelete

Tinggalkan Komen Anda Sini: