KUALA LUMPUR - Satu sindiket penipuan Macau Scam yang menawarkan hadiah cabutan bertuah dan loteri yang berpangkalan di China tumpas selepas lima anggota kumpulan itu termasuk ketua sindiket yang beroperasi di negara ini ditahan.
Kelima-lima suspek yang merupakan rakyat tempatan ditahan dalam beberapa operasi di Cheras dan Kajang bermula pada 21 April hingga Selasa lalu.
Peranan kelima-lima suspek yang ditahan itu ialah sebagai pemegang akaun bank, orang tengah (runner) dan ketua sindiket.
Kesemua suspek itu dilantik oleh sindiket Macau Scam yang didalangi sekumpulan warga Taiwan dan China yang menjalankan operasi kegiatan penipuan itu di China.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: