Wednesday, May 19, 2010

Pengawal kembali tenat, Pemangku Raja sumbang RM100,000


ABDUL HALIM (kiri) menyerahkan sumbangan wang tunai RM100,000 bagi pihak Pemangku Raja Kelantan kepada Maznah di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu semalam.


KOTA BHARU - Pengawal keselamatan Istana Negeri, Kubang Kerian, Ramli Mohamad, 50, (gambar) yang parah ditembak di dadanya dilaporkan kembali kritikal di Unit Rawatan Rapi, Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) dekat sini.

Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata, doktor hospital itu memaklumkan bahawa Ramli tenat sejak dua hari lalu.

"Terdapat jangkitan kuman pada beberapa organ penting mangsa seperti paru-paru, buah pinggang dan hati.

"Ramli masih tidak sedarkan diri dan terpaksa bergantung kepada mesin sokongan hayat,'' katanya kepada pemberita selepas melawat Ramli semalam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: