Wednesday, May 19, 2010

Dua bulan bebas tol


PETA lokasi LKSA yang dibuka secara rasmi kepada pengguna jalan raya semalam.


SHAH ALAM - Pengguna jalan raya terutama penduduk Shah Alam kini tidak perlu lagi menempuh kesesakan untuk menuju ke destinasi berhampiran selepas Lebuh Raya Kemuning- Shah Alam (LKSA) mula beroperasi semalam.

Lebih menarik, syarikat konsesi lebuh raya itu, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (Prolintas) bersetuju untuk tidak mengenakan bayaran tol kepada pengguna selama dua bulan bermula semalam.

Berita gembira tersebut diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor pada majlis perasmian LKSA di Plaza Tol Alam Impian di sini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: