|
|
LAHIR sebagai pasangan kembar sudah cukup membuktikan betapa akrabnya Noorfashareena Mazlin Amir dan Noorfashalina Mazlin Amir. Masing-masing lebih mesra dengan panggilan Pearly dan Jadey. Mula berjinak-jinak sebagai model setahun lalu, pasangan kembar itu mahu mencari rezeki dengan usaha sendiri. Mempunyai wajah eksotik dan matang, penampilan mereka sememangnya sering mencuri tumpuan ramai.
Berusia 19 tahun, Pearly bercita-cita menjadi akauntan dan Jadey mahu bergelar pereka fesyen. Walaupun dilahirkan kembar, kedua-duanya mempunyai cita rasa berbeza dan sering bergaduh.
Namun, perbezaan pendapat tidak memutuskan hubungan adik-beradik ini. Bahkan, mereka sering memasak bersama di rumah berbanding makan di luar.
"Kami lebih selesa makan masakan sendiri untuk menjamin kesihatan. Ia penting untuk memperolehi berat badan ideal di samping bersenam di gim dan kurangkan makan," ujar mereka.
Baru sahaja selesai mencuba nasib menerusi pencarian model, Ford Model dan pertandingan World Championship Of Performing Arts di Hollywood (WCOPA), mereka berterima kasih atas sokongan ibu, Shereefa Hamzah, rakan rapat, Dodi dan Bill Bora.
Tidak pernah lupa aspek penjagaan diri, pasangan kacukan Arab, Pakistan dan Melayu mengamalkan rutin penjagaan wajah yang ringkas. Menyukai wangian lavendar dan selebriti, Pearly dan Jadey teruja dengan kehadiran wangian tempatan seperti One Drop Perfumes. Malah, ada di kalangan rakan mereka menjadikan perniagaan One Drop untuk menambah pendapatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: