Monday, May 3, 2010

Paris berjaya bukan kerana nama

CAKAP apa saja yang anda inginkan mengenai Paris Hilton. Yang pasti, dia memang sudah berjaya.

PARIS berenang dikolam renang rumahnya.
PARIS berenang dikolam renang rumahnya.

MEWAH...pemandangan di ruang tamu kediaman Paris di Hollywood. SEBUAH daripada kereta Bentley milik Paris.


SEBUAH daripada kereta Bentley milik Paris.
Menurut kisah terbaru mengenainya dalam majalah Esquire keluaran bulan ini, pewaris rangkaian hotel Hilton itu meraih pendapatan kira-kira AS$10 juta (RM32 juta) setahun, kebanyakannya menerusi kemunculan peribadinya, perjanjian menggunakan jenamanya dan pembabitannya dalam pelbagai perniagaan.
Yang penting, dia sudah menjadi satu jenama.

Bintang My New BFF (Rakan Baik Baru Saya Selama-lamanya) itu mempunyai sembilan jenis minyak wangi menggunakan namanya (yang ke-10 akan dilancarkan hujung tahun ini). Selain itu, dia mempunyai 19 produk di seluruh dunia, termasuk beg tangan dan produk pemanjangan rambut. Dia juga akan mengeluarkan album kedua dan juga mempunyai satu lagi rancangan televisyen yang masih dalam perancangan.

Sudah tentu, Paris, 29, tidak mungkin menjadi seperti dirinya hari ini jika tidak kerana dia dilahirkan dalam keluarga Hilton yang berprofil tinggi. Namun, katanya, dia tidak bersandar kepada keluarganya untuk menjadi senang.

Hasil kerja kerasnya, dia memiliki rumah ajam mini yang cantik (penuh dengan gambar, kebanyakannya gambarnya sendiri) di Hollywood, dua kereta Bentley berwarna cerah, pelbagai haiwan peliharaan, termasuk kucing siam yang dinamakan Princess Annabelle, lima anjing, burung kakak tua dan dinamakan Hank oleh bekas teman lelakinya, Doug Reinhardt.


"Rumah saya umpama bayangan kehidupan dan pencapaian saya selama ini," kata Paris.

"Dan saya memperolehnya hasil titik peluh sendiri. Ketika ibu bapa dan datuk saya datang buat kali pertama, saya begitu bangga. Saya begitu seronok membawa mereka melawat keliling rumah dengan berkata, saya memperoleh semua ini hasil kerja kuat saya."Saya ada melihat beberapa kawan membesar seperti saya, dari keluarga kaya. Ibu bapa mereka merosakkan kehidupan mereka. Mereka tidak dibenarkan bekerja sebaliknya hanya menerima wang saku. Kini, walaupun sudah berusia kira-kira 30 tahun, mereka masih hidup dengan wang pemberian orang tua masing-masing.


"Saya bangga kerana sudah mencapai kejayaan dan hidup dengan pendapatan sendiri. Saya tidak perlu bergantung kepada orang lain, kecuali pada diri sendiri."

Paris membesar tidak jauh dari kawasan kediaman golongan jutawan di Bel Air, Los Angeles. Katanya, dia diawasi dengan ketat oleh keluarganya.

"Ibu bapa saya begitu tegas. Saya tidak dibenarkan berpacaran. Saya tidak dibenarkan bersolek. Mereka amat tegas. Saya tidak dibenarkan memandu. Tidak tahu ke mana hendak pergi. Saya terperuk dalam rumah saja."
Keadaan itu berlaku sehingga dia berusia 15 tahun dan berpindah ke New York.

"Di sana, tanpa pengetahuan keluarga, saya menerima pelawaan Donald Trump untuk menyertai Agensi Modeling Trump. Saya tidak meminta kebenaran keluarga kerana sudah tahu mereka akan tidak akan membenarkannya.

"Sejak itu, saya dan Nicky (adik) mula menerima pelawaan menghadiri parti dan majlis sosial golongan kaya dan kami dikenali sebagai Hilton Sisters. Kami mula mendapat perhatian paparazzi."

Hari ini, Paris seolah-olah menjadi versi moden idolanya, Marilyn Monroe. Dan seperti Marilyn, Paris juga mempunyai reputasi wanita rambut perang yang kurang cerdik.

Apabila dia menandatangani kontrak untuk muncul dalam rancangan The Simple Life, dia diarah oleh penerbit supaya melakonkan watak gadis bodoh sementara rakannya, Nicole Richie diarah melakonkan watak jahat.

Dan hasilnya, melakonkan watak bodoh itu memang sesuai dengan Paris.



Antara petikan menarik wawancara Paris dengan majalah Esquire.

  • "Sudah tentu ada banyak tanggapan salah mengenai saya. Ada yang berkata: 'Oh dia tak perlu kerja. Dia tidak perlu melakukan sesuatu. Dia hanya memperoleh wang daripada keluarga.' Itu tidak benar. Saya bekerja mulai jam tujuh pagi hingga 1 pagi."

  • "Saya ialah cucu sulung. Semua keluarga teruja saya dilahirkan. Mereka selalu mengambil gambar saya. Nenek memanggil saya Marilyn Monroe atau Grace Kelly. Sejak kecil lagi, saya sudah tahu apa yang saya inginkan. Saya mahu jadi ikon rambut perang."

  • "Saya tidak tahu mengapa orang mahu jadi terkenal. Mungkin untuk mudah jalani kehidupan."

  • "Sekali saya memakai baju, saya tidak akan memakainya lagi. Saya akan hadiahkan kepada badan kebajikan dan mereka akan melelongnya untuk membantu orang yang memerlukannya seperti penghidap barah payu dara. Jika ada baju yang amat istimewa, saya akan menyimpannya untuk anak saya. Saya dapat rasakan anak saya sukakannya.

  • "Kepercayaan hanyalah satu perasaan dalam diri anda."

  • "Benda paling baik pernah saya beli menggunakan wang ialah rumah. Saya menggelar rumah saya Istana Paris. Ia sungguh cantik.

  • "Dengan adanya kelab malam di dalam rumah anda, ia banyak membantu kerana anda tidak perlu keluar untuk ke kelab malam.

  • "Majlis yang besar bermula dengan senarai orang ternama."

  • "Saya sering menghantar nota ucapan terima kasih. Jika ada orang melakukan sesuatu yang begitu istimewa untuk saya, saya akan letakkan gambar mereka dalam bilik saya.

  • "Saya tidak cemburu. Saya tidak faham kena orang mesti cemburu."

  • "Kerana nama keluarga saya Hilton dan cara penampilan saya, ada orang menyangka saya bongkak. Tetapi sebenarnya saya bukan begitu. Saya peramah dan saya kenal setiap orang di Hollywood."

  • "Jika ada orang yang boleh saya temui, orang itu ialah Marilyn Monroe."
  • No comments:

    Post a Comment

    Tinggalkan Komen Anda Sini: