KEMURUNGAN menjadi gejala yang makin menular dalam kehidupan wanita kini.
Pelbagai aspek menjadi faktor penyumbang termasuk cabaran dan tekanan dalam kerjaya serta persekitaran kehidupan masing-masing.
KHUSYUK...peserta mendengar penerangan Antoinette mengenai masalah kemurungan.
Untuk itu katanya, setiap individu perlu mengetahui dengan jelas perkara paling penting yang menjadi tumpuan dalam hidup.
Menurutnya, jangan mencampuradukkan tekanan dihadapi, sebaliknya pastikan ia diselesaikan mengikut kepentingan.
"Sebagai permulaan, fikirkan perkara yang paling memberikan cabaran serta berpotensi untuk menjadi punca kemurungan dalam hidup.
"Kemudian cuba fikirkan sebab yang menjadikan pilihan terbabit penting. Tanyakan pada diri berulang kali hingga jawapan diperoleh dapat memberikan kepuasan," katanya ketika ditemui pada Bengkel Women Power Hour di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Antoinette berkata, apabila sudah mendapatkan keputusan mengenainya, cuba bayangkan pula terdapat kayu penghalang di hadapan yang menyebabkan kita sukar untuk melangkah.
"Renungkan dan buat keputusan dengan berjanji pada diri untuk melakukan hanya yang terbaik mengikut kemampuan. Usah terlalu memberikan tekanan pada diri untuk mengelakkan kemurungan.
"Pejamkan mata kemudian langkah kayu penghalang terbabit dengan tekad yang baru untuk memperbaiki diri demi mencapai janji yang dibuat sebelum ini," katanya.
Bengkel yang diadakan selama tiga jam itu disertai 50 peserta terdiri daripada usahawan kecil dan sederhana tempatan pada majlis yang dirasmikan Ketua Pengarah Perbadanan Produktiviti Malaysia, Datuk Nik Zainiah Nik Abd Rahman.
Di samping itu, katanya, rakan juga menjadi sumber penting dalam mengetahui tahap kemurungan dihadapi kerana ramai yang tidak dapat memberikan jawapan yang jujur terhadap diri sendiri.
Menurutnya, mungkin ramai yang tidak mengetahui ada antara kita yang tidak bersikap jujur terhadap diri sendiri dan mengelak daripada mengetahui kebenaran.
"Menerusi bantuan rakan, sedikit sebanyak kita dapat meluahkan tekanan permasalahan dihadapi dengan cara bercakap dengan seseorang."Terapi ini antara cara terbaik untuk mengelakkan kemurungan kerana ia bersifat dua hala apabila ada faktor komunikasi antara kedua-dua pihak," katanya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: