|
|
Susulan daripada kejayaan beberapa siri sebelum ini, sekumpulan pakar pertanian Universiti Putra Malaysia (UPM) akan sekali lagi mengadakan program turun padang membantu kumpulan sasar.
Program Hari Terbuka Kementerian Pertanian dan Pertanian dan Industri Asas Tani itu akan diadakan pada 8 dan 9 Mei ini di Parlimen Tanjong Karang Selangor dan dijangka dirasmikan oleh Menterinya, Datuk Seri Noh Omar yang juga Ahli Parlimen kawasan tersebut.
Yang menariknya, jika selama ini , bilangan pakar biasanya mencecah 25 orang , angka itu meningkat ke 45 orang pakar pelbagai bidang untuk memberi memberi khidmat kepada masyarakat dengan slogan Dari Gedung Ilmu Ke Lapangan : Bersama Rakan Kongsi Membangunkan Sektor Pertanian.
Program tersebut merupakan anjuran bersama UPM dan agensi setempat di bawah MOA Inc. dan antaranya seperti Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Barat Laut, industri asas tani (IAT), Jabatan Pertanian dan beberapa lagi agensi yang terlibat.
Program ini merupakan kali ke-lima yang dianjurkan oleh UPM menerusi Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) merupakan urus setia program dan turut melibatkan Taman Pertanian Universiti (TPU) dan Fakulti Pertanian universiti berkenaan.
Antara program yang dijangka menarik pengunjung ialah klinik pertanian, dialog antara agensi pengembangan, bengkel pengembangan pertanian dan ceramah pertanian menjana kekayaan
Dekan Fakulti Pertanian UPM, Prof. Dr. M. Nasir Shamsudin berkata, kilinik pertanian memberi peluang kepada kumpulan sasar untuk mendapatkan bantuan dan bimbingan mengenai masalah yang mereka hadapi.
"Ini sejajar dengan Model Ekonomi Baru (MEB) yang menekankan inovasi dan pengetahuan termasuk dalam sektor pertanian yang mana usahawan perlu mempunyai elemen tersebut, ujarnya.
Apatah lagi dalam sektor pertanian makanan, kerajaan memberi tumpuan untuk menjana pertumbuhan, kata beliau.
Meskipun industri pertanian tempatan hanya mencapai tahap sara diri dalam sub sektor seperti akuakultur , tetapi sumbangan kepada nilai eksport perlu diambil kira
Sementara itu Pengarah APEEC, Prof. Dr. Musa Abu Hassan berkata, jumlah 40 pakar pertanian membuktikan UPM bersedia menawarkan khidmat pengembangan dengan kepakaran yang dimiliki.,
"Kita ingin mewujudkan konsep touch and grow dan menerusi pendekatan ini juga klinik pertanian akan berfungsi sebagai makmal sosial,'' ujarnya.
Malah kata beliau, UPM akan menjadikan kawasan tersebut sebagai kampung angkat dengan memberi perhatian atas permasalahan yang dihadapi
Selain program tersebut, antara kelainan program kelima itu ialah ceramah eksplorasi sains, motivasi pelajar dan juga pencarian makanan warisan.
Program ini akan memfokuskan kepada golongan sasar yang menyeluruh iaitu golongan pegawai pengembangan agensi setempat, petani, usahawan, ibu bapa, dan pelajar.
Program selama dua hari itu memberi penekanan kepada beberapa aspek iaitu bagaimana peranan rakan kongsi dalam membangunkan sektor pertanian, pengurusan dan pengeluaran akuakultur serta pengeluaran tanaman padi.
Turut diberi penekanan ialah pembangunan industri hiliran dan produk halal serta motivasi pelajar.
Program tersebut juga bertujuan membuka peluang kumpulan sasar mengemukakan masalah dan pendapat kepada kumpulan pakar UPM secara langsung, terbuka dan telus.
Selain itu, UPM dapat menghulurkan kepakaran terus di lapangan serta mem bantu agensi pertanian dalam membangunkan bidang pertanian dan industri asas tani setempat melalui diagnosis masalah pertanian secara bersama.
Pada masa sama, universiti terbabit dapat memperkenalkan hasil penemuan penyelidikan dan menambah nilai penyelidikan dan teknologi yang sedia ada kepada petani dan usahawan tani.
Oleh itu, kehadiran seramai 43 mencakupi segenap aspek kepakaran yang didatangkan dari pelbagai fakulti di universiti terbabit amat bermakna.
Pensyarah-pensyarah terbabit adalah dari Fakulti Pertanian yang pakar dalam kesuburan dan pengurusan tanah perosak dan penyakit tanaman, teknologi pertanian perniagaan tani sains haiwan dan akuakultur.
Pakar-pakar lain termasuk dari Fakulti Perubatan Veterinar, Fakulti Sains dan Teknologi Makanan, Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Sains.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: