|
|
PENAMPILAN cantik dan menarik bukan satu kerja yang mudah. Lebih-lebih lagi anda yang bekerja untuk memastikan orang lain kelihatan lebih cantik daripada biasa. Mungkin ia bukan lagi menjadi kesukaran bagi anda yang mempunyai kepakaran dalam bidang ini.
Bukan itu sahaja, bidang ini kini menjadi pilihan generasi muda. Walaupun ia masih baru, kerjaya sebagai pakar kecantikan mempunyai masa depan yang cerah. Selepas beberapa tahun mengumpul pengalaman, mereka boleh mencuba nasib membuka perniagaan sendiri.
Tambahan pula, masyarakat kini mula prihatin tentang soal penjagaan kecantikan dan kesihatan diri.
Justeru itu, Akademi Arena Beauty menyediakan kursus-kursus kecantikan di peringkat diploma dan sijil secara sepenuh masa dan sambilan.
Akademi yang diasaskan oleh Nor Azizan Ghazali menyediakan modul mesin latihan yang komprehensif dan mengikut keperluan industri kecantikan semasa. Selain itu, akademi ini mempunyai tenaga pengajar yang terlatih, mahir, berpengalaman dan berkelulusan dari dalam dan luar negara. Akademi ini bukan sahaja menyediakan kursus dalam bidang kecantikan, tetapi juga menyediakan kursus-kursus pengurusan iaitu pengurusan salon, asas akaun, asas perniagaan, khidmat pelanggan, komunikasi, perhubungan awam dan personaliti.
Ansuran
Bagi membangunkan kemahiran pelajar, akademi ini menawarkan harga yang berpatutan dan bayaran ansuran disediakan untuk kursus diploma.
Istimewanya akademi ini, ia ingin memartabatkan industri kecantikan negara. Menyediakan kemudahan lengkap dan selesa, Beauty Arena ingin menjadi akademi tempatan yang berkualiti. Bagi generasi muda yang lebih berminat dalam bidang vokasional dan kemahiran, kecantikan antara pilihan yang terbaik. Sebelum ini, kebanyakan pusat kecantikan negara mengambil pekerja asing, mungkin suatu hari tenaga kerja mungkin tertumpu kepada anak muda tempatan. Oleh itu, akademi ini ingin melahirkan juru terapi dan pakar kecantikan bumiputera yang berilmu, profesional, inovatif dan berdaya maju. Bahkan, ia dapat memberi peluang kepada belia untuk membina kerjaya dalam industri kecantikan selepas tamat persekolahan.
Kecantikan dan wanita tidak dapat dipisahkan. Jika wanita yang berdaya saing bijak mengambil peluang, bidang ini dapat menambah sumber pendapatan. Dengan adanya kepakaran, wanita boleh melakukan perniagaan kecil-kecilan bermula di rumah. Peluang belajar di Beauty Arena dapat membantu golongan wanita seperti golongan surirumah dan ibu tunggal untuk menjana pendapatan sampingan keluarga dan menaikkan taraf wanita. Secara tidak langsung, ia menambahkan bilangan bakal usahawan di dalam bidang kecantikan.
Orang ramai yang inginkan maklumat lanjut, boleh menghubungi talian 03-3348 4222 atau datang ke Arena Beauty yang beralamat di Wisma Hj Ghulam, No 45B, Jalan Taiping, 41400 Klang, Selangor.
saya berminat untuk menyertai kursus di akademi..bolehkah say dapatkan nombor telefon akakdemi untuk pertanyaan lanjut..email saya di rosharosli@yahoo.com..no. tel : 0127485689
ReplyDelete