Wednesday, May 19, 2010

Miss USA 2010 pernah sertai tarian bogel




LOS ANGELES 18 Mei - Rima Fakih (gambar) yang terpilih sebagai pemenang Miss USA 2010 malam semalam, rupa-rupanya pernah menyertai pertandingan tarian bogel yang dianjurkan sebuah stesen radio Detroit.

Sehari selepas Fakih dinobatkan sebagai wanita tercantik Amerika Syarikat, stesen radio itu, Channel 99.5 Detroit, menyiarkan gambar gadis kacukan Arab-Amerika berusia 24 tahun ini beraksi di atas pentas sambil dikelilingi wanita-wanita lain yang hanya berpakaian dalam.

Tarian itu adalah sebahagian daripada pertandingan anjuran stesen radio itu yang dipanggil Mojo In The Morning Stripper 101.

Hakim pertandingan yang juga penari bogel, memberi tempat pertama kepada Fakih selain dia berjaya membawa pulang barangan kemas, kad hadiah, alat mainan seks dan tiang tarian bogel kegunaan rumah, demikian menurut laporan dalam laman web Fox411.

Pertandingan itu dihadiri oleh wanita sahaja dan Fakih tidak pernah menanggalkan pakaian dalam acara tersebut yang diadakan pada 2007 dan dipaparkan dalam laman web selama tiga tahun.

Fakih dari Michigan, menewaskan 50 gadis lain untuk dinobatkan sebagai Miss USA, yang turut dikritik kerana gambar-gambar peserta yang hanya berpakaian dalam sebelum pertandingan tersebut.

Wakil Miss Universe telah menghubungi produser Mojo In The Morning bagi mendapatkan lebih banyak maklumat dan gambar penyertaan Fakih dalam pertandingan tersebut.

Hos rancangan pagi itu, Mojo berkata, gambar kontroversi yang diambil dari laman web selepas tiga tahun ia berada di situ dan berharap Donald Trump selaku pemilik pertandingan ratu cantik itu tidak akan menarik balik gelaran Miss USA daripada Fakih.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: