Monday, May 24, 2010

Megan benci masak

WALAUPUN tidak tergolong dalam orang yang suka makan di restoran, Megan Fox ternyata juga tidak suka memasak.

pix_middle
pix_topright
Malahan, lebih buruk lagi, aktres itu lebih rela mati kelaparan daripada harus terperuk di dapur untuk memasak makanan untuk dirinya sendiri.

Kesimpulannya, makan bukanlah kegiatan yang mudah dilakukan oleh Megan Fox.

Untungnya sejauh ini dia masih boleh bertahan dengan pilihan hidupnya yang penuh dengan tanda tanya.

"Saya lebih rela mati kelaparan daripada menghabiskan masa di dapur memasak untuk diri sendiri."Dalam keadaan seperti ini, saya boleh bertahan hidup selama seminggu tanpa makan," kata Megan.


Sebenarnya masalah itu boleh diatasi jika pelakon itu tak keberatan makan di restoran.Tetapi yang itu juga tidak mungkin dilakukannya kerana dia merasa jijik jika memakan menggunakan menggunakan pinggan dan sudu yang pernah digunakan jutaan orang lain.

"Saya tidak sanggup hendak memasukkan mulut saya dengan sudu saya disentuh mulut jutaan orang.

"Dengan hanya membayangkan bakteria yang ada di mulut kita saja sudah meloyakan saya," katanya.

Megan yang minggu lalu digugurkan daripada terpilih untuk terus berlakon dalam siri filem Transformers turut mengaku tidak suka menggunakan tandas awam.

"Setiap kali seseorang menggunakan tandas, bakteria berterbangan di udara," katanya yang turut bimbang berada hampir dengan orang yang bersin selepas menonton dokumentari yang disiarkan rangkaian Discovery.

"Anda tak tahu sejauh mana tersebarnya kuman bersin itu?

"Ia merubah pandangan saya," katanya lagi.

Sementara itu, sumber mendakwa aktres Angelina Jolie dan bapanya, John Voight amat membenci Megan kerana Angelina dibandingkan dengan Megan dalam setiap aspek, baik dalam lakonan, wajah dan gelagat semula jadi.

Pergerseran antara kedua-dua pelakon itu tercetus sejak Megan menjadi tumpuan.

Aktres utama dua siri filem Transformers itu sudah menjalani pembedahan kosmetik dan sama ada dia sengaja atau tidak, Megan kini kelihatan sama seperti Angelina.

Tetapi bagi bapa Angelina, John Voight, anaknya jauh lebih baik berbanding Megan dalam bidang lakonan.

Memang tidak boleh dinafikan Angelina pelakon yang lebih baik berbanding Megan.

Angelina begitu berang apabila Megan diminta untuk menggantikannya memegang watak Lara Croft dalam filem Tomb Raider akan datang tetapi Megan dengan jelas menolak pelawaan itu kerana tidak mahu dibandingkan lagi dengan Angelina dan pada masa sama, tidak mahu mengecilkan hati pemegang watak asal Lara Croft itu.

Namun, seluruh keluarga Angelina, 34, tetap membenci Megan yang 10 tahun lebih muda daripadanya.

Tetapi Megan sukakan Angelina dan mengaku sering berkata, "Alangkah bahagianya saya jika dapat menjadi rakan Angelina.

"Saya sukakan Angelina. Saya mengaguminya.

"Dia jujur dan saya percaya dia tidak takut untuk menjadi dirinya sebenar.

"Dia tidak akan teragak-agak untuk menyuarakan apa yang ada dalam hatinya," kata Megan.

Sementara itu, Megan dikatakan menarik diri daripada siri Transformers selanjutntya, Transformers 3, bukan digugurkan.

Dia bertindak menarik diri selepas pertengkaran sengit dengan pengarah, Michael Bay berhubung berat badannya.

Menurut laporan akhbar The Sun, penurunan dramatik berat badan Megan membimbangkan Bay kerana pengarah berusia 45 tahun itu merasakan Megan kelihatan tidak sihat dan mahukan dia menambah berat badannya jika berhasrat terus memegang watak Mikaela Banes.

Kenyataan Bay itu dilapor mencetuskan pertengkaran antara mereka hingga mendorong Megan mengambil keputusan tidak mahu bekerjasama dengannya lagi.

Satu sumber memberitahu akhbar itu: "Megan begitu berang terhadap Bay.

"Bay mempunyai asas kukuh untuk menyuarakan pendapatnya.

"Bukan dia seorang yang berpendapat begitu.

"Kru lain juga melihat Megan seperti orang tidak sihat tidak seperti Megan dalam siri pertama dan kedua Transformers.

"Dia begitu cengkung dan lesu."

Bagaimanapun, tidak kiralah sama ada Megan digugurkan atau menarik diri daripada berlakon dalam siri ketiga filem Transformers.

Yang pasti dia dikutuk sebagai pelakon dungu oleh kru filem berkenaan ketika penggambaran Transformers 2.

Dan jika benar sumber dalaman, Megan mungkin akan digantikan oleh model pakaian dalam wanita Victoria's Secret yang tidak banyak pengalaman berlakon.

Rosie Huntington-Whiteley ialah model yang dinamakan akan mengambil alih tempat Megan untuk bergandingan dengan Shia LaBeouf dalam Transformers 3.

Pengalaman berlakonnya amat sedikit, hanya terbabit dalam beberapa pertunjukan realiti.

Bagaimanapun, Rosie tidak perlu bimbang kerana Megan juga tidak mempunyai pengalaman luas dalam bidang lakonan ketika Bay mengambilnya memegang watak utama dalam siri pertama Transformers.

Pemilihan Rosie ada logiknya kerana Bay memang diketahui suka mengambil artis yang kurang dikenali dan kemudian membantu mereka menjadi terkenal.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: