![]() |
| ZIZAN RAJA LAWAK |
PELAWAK Zizan baru-baru ini duduk bercerita dengan teman Marilyn. Zizan bukan mengadu pasal kisah putus cintanya dengan Leez yang asyik digembar-gemburkan. Tapi Zizan mengadu mengenai ‘cinta’nya kepada satu hal lain iaitu kereta. Kata Zizan, dia dan kereta macam tak ada jodoh. Asyik bernasib malang.
“Sejak jadi pelawak lebih kurang tiga tahun lalu, saya sudah mempunyai tiga buah kereta. Saya bukan nak bangga diri sebab ada tiga kereta, tapi saya nak cakap, saya rasa saya ini sentiasa bernasib malang dan macam tak ada jodoh dengan kereta,” luahnya.
Tanya teman Marilyn, mengapa Zizan cakap begitu. Tapi Zizan balas, kereta pertamanya, Proton Satria telah dicuri orang.
“Kemudian menggantikan kereta itu, saya beli sebuah kereta baru. Malang betul, kereta kedua itu pun kena curi juga. Sekarang, saya baru memiliki sebuah kereta baru yang merupakan kereta ketiga saya dalam tempoh tak sampai 10 tahun, pun bernasib malang juga.
“Baru-baru ini, sewaktu saya bertugas di luar Kuala Lumpur, kereta itu kena pecah. Habis semua barang-barang dalam kereta kena curi. Nasib baiklah kereta ketiga saya ni tak dibawa lari,” katanya serius.
Marilyn tumpang simpati dengan nasib malang Zizan dan keretenya ni. Nasib baiklah kereta Subaru awak tu tak dilarikan orang lagi. Kalau tidak, tak dapat Marilyn bayangkan macam mana.
Zizan, Marilyn rasa, kalau nak selamat, apa kata awak tinggal kereta di rumah dan naik teksi saja. Atau nak lagi selamat, jalan kaki sudah. Jangan sampai awak yang kena culik pula lepas ni ya.

No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: