
GEMAS - Zaman kegemilangan pengangkutan kereta api menggunakan lokomotif kuasa wap atau stim yang pernah menjadi penggerak pengangkutan komoditi bijih timah negara lebih seabad lalu akan 'dihidupkan' semula oleh Keretapi Tanah Melayu Bhd. (KTMB) tidak lama lagi.
Operasi menggerak dan memindahkan lokomotif kuasa wap dengan nama 'Temerloh' yang sebelum ini dipamerkan di Stesen Kereta Api Gemas di sini selama 13 tahun dilakukan dalam upacara bersejarah semalam.
Lokomotif kelas 56 kuasa wap buatan England yang berusia 64 tahun berkelajuan maksimum 90 kilometer sejam (km/j) itu telah ditarik oleh lokomotif berkuasa tinggi Dalian kelas 29 pada kelajuan 40 km/j ke Depoh Kajang sebelum dibawa ke Kuala Lumpur.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 12 jam.
Pengangkutan klasik itu kali terakhir digunakan untuk perkhidmatan Peninsula Ekspres sebelum direhatkan pada tahun 1997.
Menurut Pemangku Pengurus Kanan KTM Berhad, Mohd. Fazil Ismail, lokomotif 'Temerloh' itu akan di ubah suai dan dijadikan tren persiaran untuk pelancong pada musim tertentu ke stesen kereta api yang mempunyai nilai sejarah seperti Kuala Lumpur ke Taiping.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: