Thursday, May 27, 2010

Izham dapat penderma buah pinggang


NORDIN (kanan) mendengar penerangan daripada Mohd. Yusof yang berhasrat mendermakan salah satu buah pinggangnya kepada Mohamed Izham di Kangar semalam.


KANGAR - Setelah hampir dua bulan menunggu, nasib seorang pelajar cemerlang, Mohamed Izham Salim, 18, yang memerlukan buah pinggang ekoran organnya itu rosak teruk, mendapat harapan baru apabila seorang lelaki tampil untuk menderma, di sini kelmarin.

Lelaki tersebut, Mohd. Yusof Yaacob berusia 20-an dari Pulau Pinang hadir ke Jabatan Kesihatan Perlis untuk bertemu Pengarahnya, Dr. Mahani Yusoff kira-kira jam 12.45 tengah hari bagi menyampaikan hasratnya itu.

Mohd. Yusof yang ditemani abang pelajar cemerlang itu, Nordin Pilus, 36, bagaimanapun diarahkan bertemu seorang doktor, Dr. Ismail Ahmad dari Jabatan Anestesiologi di Hospital Tuanku Fauziah (HTF), di sini kira-kira 15 minit kemudian.

Dia yang enggan wajahnya didedahkan ketika ditemui selepas itu menyatakan, tiada sebarang pemeriksaan kesihatan dilakukan ke atasnya, sebaliknya pihak terbabit hanya menemubualnya lebih satu jam.

"Ini kerana, pada pertemuan itu pengarah dan doktor tersebut hanya menyentuh mengenai aspek prosedur dan undang-undang sebagai penderma.

"Mereka turut memaklumkan tentang implikasi sesuatu pembedahan buah pinggang kepada pesakit serta penderma," katanya.

Kosmo! pada 10 April lalu melaporkan, nasib seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merayu ihsan orang ramai agar diberikan buah pinggang baru ekoran menderita akibat penyakit tersebut yang berada pada tahap kronik.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: