|
|
KUANTAN - Seorang kakitangan di sebuah kilang di sini mendakwa dia dipukul oleh empat pengawal keselamatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan Jumaat lalu tanpa mengetahui kesalahan sebenar yang dilakukannya.
Madzlan Omar, 44, dari Taman Murni, Sungai Isap di sini mendakwa akibat kejadian itu dia dimasukkan di hospital kelmarin selepas mengalami pendarahan pada hidung dan lebam di bahagian muka serta pening.
Kejadian dipukul itu dakwanya berlaku antara pukul 11.25 pagi hingga 12 tengah hari di hadapan lif bangunan hospital berkenaan ketika dia mahu bertukar syif dengan anak lelakinya, Mohd. Mazri Rozzaimi, 19, untuk menjaga isterinya yang sedang menerima rawatan di wad HTAA.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: