|
|
RANTAU PANJANG - Seorang ibu, Kalsom Yaacob, 46, tidak menyangka ciuman manja anak bongsunya, Zawawi Mamat, (gambar) 9, sebelum keluar bermain dari rumahnya di pekan itu petang kelmarin merupakan ciuman terakhir.
Menurutnya, anaknya keluar bermain kira-kira pukul 4 petang dan sejam selepas itu, Kalsom terkejut apabila dimaklumkan Zawawi lemas ketika mandi di Sungai Golok, di sini.
Mangsa dipercayai mandi di sungai tersebut yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya bersama empat rakannya berusia lapan hingga sembilan tahun.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: