Lambakan program realiti TV dihidangkan untuk mencari penyanyi, pelakon dan pelawak. Namun masih tiada program yang mencari bakat baru yang wujud di belakang kejayaan seseorang penyanyi itu. Atas kesedaran inilah, komposer terkenal, Ajai muncul dengan idea memperkenalkan program KEYNOTE. Bagi Ajai, misi mencari bakat-bakat baru dalam bidang penciptaan lagu dan sekaligus berkaliber menjadi seorang penerbit sudah terlintas di kotak fikirannya sejak tiga tahun lalu. Namun hanya direalisasikan sekarang setelah melihat corak penerimaan pendengar yang semakin terbuka terhadap semua genre muzik.
"Jika dilihat ramai penyanyi yang bertindak sebagai komposer untuk muzik mereka seperti Yuna, Zee Avi dan Aizat dan berjaya melambangkan identiti mereka sendiri. Namun tak semua tahu ada platform untuk mengembangkan bakat terpendam. KEYNOTE diwujudkan khas untuk mereka menonjolkan keupayaan mencipta lagu, dan tidak hanya bertumpu kepada satu genre muzik sahaja," jelasnya.
Menurut Ajai yang bertindak selaku Dekan akademi Keynote, program ini akan memberi pendedahan selama tiga bulan kepada peserta yang terpilih.
"Peserta akan ditempatkan di sebuah banglo namun masih dibenarkan berinteraksi dengan dunia luar. Di sana mereka akan diberi tugasan mengikut genre muzik yang ditetapkan setiap minggu.
"Apa yang menarik, mana-mana lagu yang dicipta setiap minggu akan dipersembahkan oleh artis tempatan dan mempunyai peluang untuk dimuatkan sebagai single," jelasnya.
KEYNOTE terbuka kepada individu yang berumur 18 - 35 tahun dan haruslah bebas daripada pengaruh dadah dan kesalahan jenayah. Kepada mereka yang berminat, sesi ujibakat akan berlangsung di lokasi berikut.
23 Mei - Wisma Bentley, Damansara 27 Mei - Universiti Lim Kok Wing, Cyberjaya 5 Jun - Institusi Seni Sabah (SIA), Kota Kinabalu.
Untuk keterangan lanjur, lawati www.facebook.com/keynote.com.my/ |
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: