Wednesday, May 19, 2010

Harapan lima finalis Top Host 2010


SIAPAKAH di antara mereka yang akan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000?


TOP Host 2010 merupakan pertandingan yang mencungkil bakat-bakat baru penyampai rancangan televisyen untuk diketengahkan pada masa depan menerusi saluran TV3.

Lima peserta akhir iaitu Fadhil Mohamad Isa, Za'im Helmi Zaini, Nabihah Md. Rosdi, Syazwani Diyana Mohamad Isa dan Nur Liyana Adnan akan bersaing malam ini yang akan diadakan di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor.

Ini merupakan peluang terakhir mereka menampilkan bakat masing-masing bagi merebut hadiah utama disediakan untuk juara yang berupa wang tunai berjumlah RM10,000.

Setiap peserta harus mempamerkan gaya pengacaraan yang mampu menyakinkan para juri kerana pemenang Top Host 2010 ini akan ditentukan 100 peratus oleh panel juri.

Musim pertama pertadingan ini yang dikenali Malaysian Top Host telah diadakan lima tahun lalu dengan pemenangnya adalah Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd. Zin.

Selain melakukan yang terbaik, setiap peserta mempunyai harapan dalam menggapai impian bergelar pengacara terkenal pada masa depan.

Hits sempat menemuramah lima finalis terbabit yang menyertai pertandingan yang menawarkan kerjaya dalam bidang penyiaran itu.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: