Thursday, May 27, 2010

Diari pontianak di kaca TV


UTAMA... Tiga tonggak utama yang menjayakan The Vampire Diaries, (dari kiri) Paul Wesley, Nina Dobrev dan Ian Somerhalder.


TERKENAL sebagai stesen televisyen hip dan urban, 8TV pada tahun ini melangkah dengan lebih yakin apabila menampilkan drama bersiri Hollywood terbaru, The Vampire Dairies.

Drama yang diadaptasi daripada novel tulisan L. J. Smith itu menjadi kegilaan remaja wanita Amerika Syarikat (AS) apabila menggandingkan dua jejaka kacak, Paul Wesley dan Ian Somerhalder bersama pelakon jelita, Nina Dobrev.

Mula ditayangkan di AS tahun lalu, drama tersebut mendapat respons baik di kalangan peminat cerita seram sehinggakan mampu melonjakkan populariti ketiga-tiga pelakon utamanya.

Bermula 1 Jun ini, penonton berpeluang menyaksikan drama seram penuh aksi dengan sulaman elemen percintaan yang sungguh romantik itu di saluran 8TV bermula pukul 9.30 malam.

Pengurus Besar 8TV, Lam Swee Kim berkata, stesen tidak mahu ketinggalan menyajikan drama terbaik untuk tatapan penonton setia saluran itu.

"Diharap dengan penyiaran drama yang mempunyai ramai peminat ini mampu menarik minat penonton Malaysia sekali gus menaikkan rating tontonan 8TV.

"Drama ini menyasarkan penonton di kalangan orang dewasa terutamanya remaja yang menggemari sebuah jalan cerita yang penuh cabaran dan suspen," katanya yang ditemui ketika majlis pratonton drama tersebut di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: