|
|
BAYANGKAN anda boleh melihat umpama seekor burung, tentunya keindahan bumi ini dapat dihayati dan dinikmati dari segenap aspek.
Bagaimana pula jika anda berpeluang untuk merasai suasana seumpama sekawan burung di taman ketika menonton pertunjukkan fesyen? Itulah yang berlaku pada pertunjukkan fesyen sempena perkenalan koleksi musim bunga dan panas 2010 oleh jenama terkenal Ted Baker.
Bertempat di pusat membeli belah Bangsar Village 2, Kuala Lumpur, telah menyaksikan himpunan fesyen terkini bagi musim bunga dan panas Ted Baker untuk tahun ini.
Bagi pakaian wanita, sudah tentulah motif bunga menjadi pilihan. Menyuntik elemen kelainan ialah penggunaan warna-warna lembut dan terang yang diaplikasikan dengan gaya yang paling kreatif. Semuanya bagi memenuhi cita rasa feminin wanita ketika musim panas ini.
Potongan bagi pakaian wanita pula menumpukan kepada ropol dan tampalan kosaj yang ditambah pada bahagian skirt, blaus dan hujung kain.
Menambah elemen rugged Ted Baker turut menggunakan jaket denim yang telah dilunturkan dan pada masa sama menambah kemasan seperti zip yang sesuai digayakan pada waktu malam.
Untuk pakaian lelaki pula, Ted Baker mengadunkan penggunaan warna terang seperti jingga di atas fabrik yang bermotif flora juga. Baju T polo juga terdapat dalam pelbagai pilihan warna untuk memenuhi cita rasa anda. Penggunaan fabrik linen dan kapas pula memberi kelegaan dan keselesaan kepada si pemakai.
Untuk hari yang lebih menyegarkan, pelbagai aksesori tambahan seperti jaket kulit, kardigan berkait boleh digayakan bersama koleksi musim bunga panas Ted Baker ini.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: