|
|
Apa jadi? Tak selesai-selesai lagi ke kes ni? Nampaknya keadaan menjadi semakin panas apabila juru solek, Famee Abdullah Radzi masih tidak berpuas hati dengan tindakan penyanyi Alyah.
Sebelum ini juru solek artis itu dah berperang besar dengan Alyah sampaikan ada di antara mereka dikatakan meluahkan kemarahan di dalam Facebook masing-masing.
Kes Alyah dan Famee ni berpunca sebelum Anugerah Bintang Popular (ABP) yang lalu. Alyah telah membatalkan khidmat solekan Famee pada saat-saat akhir menyebabkan juru solek itu mengamuk kerana dia hilang pendapatan lain.
Alyah pula berkata dia sanggup bayar ganti rugi sebab dia faham Famee adalah juru solek bebas. Pendapatannya tidak menentu.
Minggu lepas kebetulan Niezam terserempak dengan Famee di kantin Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.
Kata Famee, sampai sekarang dia tak dapat duit satu sen pun seperti yang dijanjikan Alyah tu.
"Tak dapat pun duit ganti ruginya, Alyah janji nak bagi kan?" soal Famee.
Kata dia lagi, kalau dah janji kenalah tepati. Jangan pandai-pandai cakap saja.
Hai... Niezam tak berani nak campur bila juru solek dan artis bergaduh.
Sebelum ini Niezam pernah baca kenyataan Alyah yang dia berhasrat nak saman Famee sekiranya juru solek itu terus memburuk-burukkannya. Malah Alyah juga sudah membuat laporan polis terhadap Famee setelah menganggap dirinya dianiaya.
Ini kerana Alyah mendakwa tidak berpuas hati terhadap Famee yang cuba mengugut untuk menjatuhkan kerjayanya sebagai seorang artis.
Niezam harap sangat kes Famee dan Alyah ini cepat-cepatlah selesai. Dunia hiburan kita ni tak besar mana pun. Pusing-pusing akan jumpa semula.
Kalau ada kes kecil yang boleh diselamatkan tu, selamatkanlah. Tak baik gaduh-gaduh.
Baru-baru ni Niezam ada terbaca dalam satu portal hiburan mengatakan Alyah baru saja tamatkan perkhidmatan pengurus dan pereka bajunya. Kenapa ni? Gaduh juga ke adik?
NIEZAM: Selamat hari jadi buat Edd (AirAsia) yang disambut hari ini. Cukup- cukuplah hidup membujang ya Edd!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: