Sunday, May 2, 2010

Wanita Saudi dilarang joging

RIYADH - Suruhanjaya Amar Makruf dan Nahi Munkar Arab Saudi kelmarin mengeluarkan larangan ke atas wanita negara itu berjoging atau melakukan senaman jasmani di sebuah bandar di wilayah Asir yang bersempadan dengan Yemen.

Larangan dibuat untuk kepentingan wanita dan bukan mengharamkan mereka bersenam selain tiada jaminan keselamatan untuk golongan hawa jika diserang penjenayah atau mengalami gangguan seksual apabila berjoging di kawasan sunyi.

Namun akhbar Al-Watan semalam melaporkan, langkah itu dipertikaikan pelbagai pihak dan mendakwa, belum pernah ada wanita yang diserang, sebaliknya ia akan menyusahkan lagi golongan tersebut untuk pergi ke masjid bagi menunaikan solat berjemaah.

"Kawasan laluan pejalan kaki di bandar Al-Mujaradah yang didakwa pihak suruhanjaya itu kononnya kurang terang dengan lampu, ada penagih dadah dan remaja liar sebenarnya adalah selamat," kata seorang wanita, R.S Al-Shahri.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Komen Anda Sini: