Kumpulan Ungu sudah bersedia dan tak sabar-sabar untuk menghiburkan peminat dalam Konsert Mega Malaysia 2010 yang akan dilangsungkan di Stadium Nasionl Bukit Jalil, Kuala Lumpur malam ini. Inilah konsert besar pertama mereka di Malaysia. Sesi latihan diadakan malam tadi dan mereka nampak benar-benar bersedia untuk memastikan peminat di Malaysia menikmati persembahan hebat daripada mereka. Persiapan rapi Kumpulan Ungu datang bersama hampir 30 krew untuk memastikan konsert mereka mencapai kepuasan maksima peminat. Mereka menikmati rehat secukupnya apabila hanya bersantai sahaja sehari sebelum konsert. Mereka bisa melakukan sedemikian kerana setiap krew ada peranan masing-masing dalam menjayakan setiap konsert. Ungu tidak perlu memperuntukkan masa yang banyak untuk latikan bunyi kerana segalanya dilakukan oleh krew. Apabila mahu menjalankan latihan bunyi, setiap anggota Ungu ada stand in. Mereka dilantik khas untuk memastikan sound check dijalankan dengan sempurna. Kumpulan Ungu hanya naik ke pentas untuk sound check apabila pentas sudah 95 peratus sempurna untuk mereka beraksi. Mereka hanya membuat semakan akhir perkara yang minor sahaja semasa naik ke pentas untuk latihan. Berbeza sungguh dengan cara kumpulan di Malaysia menjalani latihan apabila mereka sendiri yang membuat latihan daripada awal. "Kumpulan Ungu sahaja datang dengan 18 orang tenaga krew termasuk anggota kumpulan itu. Selebihnya krew sistem bunyi, lighting, visual dan sebagainya," kata Bahanordin Deraman dari syarikat SRC. Krew mula membuat persiapan sejak petang semalam. pada masa itu anggota Ungu menjalankan aktiviti sendiri kerana mereka mahu berehat sebelum memulakan kerja. Dengan cara itu mereka tidak tertekan. malah mereka juga bebas tanpa seliaan pihak syarikat rakaman. "Saya berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur," kata Pasha semasa tiba di stadium untuk memulakan latihan. Apabila naik ke pentas mereka hanya membuat latihan pembukaan konser dan latihan beberapa lagu sahaja yang difikirkan perlu. Mereka juga berbincang kepada krew stand in untuk memastikan lagu-lagu yang mereka perlu jalani latihan kerana mereka meletak kepercayaan kepada stand in yang sudah faham apa kehendak mereka. Kerjasama tersebut menjadikan urusan mereka pada hari latihan lebih mudah. Jadi tunggulah konsert Mega sulung Ungu di Kuala Lumpur malam ini. |
Sunday, May 2, 2010
Ungu dah bersedia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Komen Anda Sini: